Saturday 27 October 2012

Erti Sebuah Pengorbanan



Semalam umat Islam menyambut Aidiladha dalam suasana aman, makmur dan penuh kesyukuran, insya-Allah. cuba kita bayangkan saudara Islam di negara lain ketika ini sedang bergolak dalam peperangan, kemiskinan serta ditimpa  bencana, masa nak solat aidiladha pun boleh kena bom lagi, sehingga tak dapat nk rasa nikmat mcm kita.

Sebab tu, kita perlu sentiasa bersyukur atas nikmat ni.bukan je erti kesyukuran, tapi erti pengorbanan. Berkorban adalah sebahagian usaha mendekatkan diri kita kepada Allah. Aku pun baru tau semalam, rupanya 
seseorang itu dimuliakan bukan kerana apa yg  tetapi pengorbanannya memberi manfaat kepada orang lain.
Pengorbanan bukan utk dipuji dan dihormati di mata manusia tapi lebih utama di mata Allah. Kalau seseorang tu semakin cinta dgn apa yg dimiliknya, susah lah dia nk berkorban dgn org lain. Melalui ibadah korban, manusia perlu berusaha bg mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Ibadah korban jadi lambang kembalinya manusia kpd Allah. 

" Ketika diminta oleh Allah SWT mengorbankan anak lelakinya sebagai tanda ketaatan, nabi Ibrahim a.s. menerima perintah Allah SWT, walaupun dengan hati yang berat. Ketaatan Nabi Ibrahim a.s telah dibalas oleh Allah dengan mengurniakan seekor bebiri sebagai ganti kepada nyawa anaknya (Nabi Ismail a.s). Hari Raya Aidiladha, atau Eid al-Adha, meraikan makna pengorbanan ini. " 

Konsep pengorbanan yang diterapkan Nabi Ibrahim sepatutnya menjadi contoh yang terbaik. Apa yang dikagumi dari kisah itu ialah baginda tidak pernah mempertikaikan suruhan Allah meskipun menjadi yang korban adalah anak kesayangannya. Jikalau kita di tempatnya, adakah kita SANGGUP?? bagaimana sekarang ni nak korban RM10 utk derma kepada org miskin pun susah. Harap dengan kisah ni aku sendiri dpt ambil iktibar. 


every picture has it own meaning.


Salam Eid Al-Adha

for more infos- click this
another source- Harian Metro, 26 Oktober 2012

No comments: