Bunyi kamera dan flash bergabung. Fel kelihatan segak bergaya memperagakan baju di hadapan kamera. Di sisinya pula Mana Karin, seorang pelakon terkenal dan juga model, yang turut bekerjasama dengan Fel di shooting set milik Syarikat KLU. Fel dan Mana, masing-masing tidak kekok bergambar bersama, sambil memperagakan baju terbaru rekaan pereka fesyen terkenal, Chimmy Choo. Malah mereka kelihatan mesra dan serasi.
"Yes, perfect. Good job Fel and Mana. I think you guys matched perfectly together though this is your first time working together, right?" En.Yosri mengusik. En.Yosri adalah pengarah syarikat KLU. Tidak lama lagi dia akan mendirikan rumah tangga bersama pelakon wanita terkenal, Lina Surisani.
"Ish, nonsense lah En.Yosri ni." Mana membawa matanya ke arah Fel. Mereka berdua tertawa.
Jauh di tepi set shooting itu, seseorang memerhatikan saja gelagat dua model itu.
'Ish, mengada-ngada punye perempuan!' marah Amy di dalam hati.
Amy ialah Personal Assistant Fel.
"OK, cut. Break..everyone." En.Yosri memberi arahan.
"Mana, nice shot today You sure really pretty, as usual." Fel memuji.
"Apa-apa je lah you ni." Mana seorang pelakon dan peragawati yang terkenal dengan kecantikan dan kekayaan nya. Ayahnya pemilik kilang minyak terkemuka di Britain. Sememangnya Mana memang cukup pakej seperti yang diidamkan Fel kerana Mana juga seorang yang peramah.
Fel pula atau Fahlein Ahmad, adalah kacukan Melayu-British. Parasnya yang tampan dan tinggi lampai seperti William Moseley itu membolehkan dia bergiat aktif dalam dunia modelling.
Selepas shooting selesai, Fel dan Mana bergerak ke meja kopi. Di atas meja itu tersedia set minuman khas untuk para model.
Fel kelihatan penat.
"Fel, are you okay? Your face look pale. Are you sick everywhere?" Mana konnonya mengambil hati. Tangannya diletakkan di dahi Fel.
Amy yang berada di sisi Fel itu meluat melihat Mana begitu. Sebelum dia pergi menyambung membuat kerja lain, sempat dia melanggar Mana yang memegang teh. Teh tertumpah.
"Opps, I am sorry," Balas Amy bersahaja lalu pergi. Dia tertawa di dalam hati.
* * * * * * * * * *
Fel baru melangkah keluar dari KLU Studio, diirongi oleh Amy dan Mac. Mac ialah kawan rapat Fel yang sentiasa menyokongnya dari belakang.
Mereka bertiga dikerumuni paparazzi dan reporters. Pelbagai soalan diajukan, namun satu pun tidak diendahkan Fel. Sudah lazim memang begitu hidup sebagai seorang yang popular, ke mana-mana sahaja pasti ada yang tahu. Hidup tiada privacy.
Tanpa disedari.........seseorang sedang memerhati tajam Fel dari jauh. Seorang gadis kecil molek berkaca mata bulat. Namanya Nadia. Fel tidal pernah perasan dengan kehadiran gadis itu.
4 comments:
k cool bro , sambung ea ^^
lots of appreciation for you :D
done part one.... :3
nice story neh.. nanti :)
yeah. terima kasih hanep.
Post a Comment