Saturday 31 December 2011

Hidden S1- part 3

this is a fiction story.use your 120% of your imagination for best results.everything that i type is not real. Everything's made up. mane yg bercanggah dengan Islam, ignore. mwehe.

Waktu petang, di dalam bilik Fel.


   'Forever yours~~' nada dering telefon bimbit Fel berbunyi. Nombor yang tidak dikenali tertera di skrin. Fel rasa teragak-agak untuk menjawab panggilan itu. Mungkin juga kerana dia masih terkejut dengan apa yang baru ahaja berlaku pagi tadi.


   "Amy, Amy!" Fel tergesa-gesa menuruni tangga.


   "Tolong...jawab.." telefon dihulurkan kepada Amy.


Amy akur sahaja dengan kemahuan Fel.


   "Ummm.. Hello?" Amy menjawab.


   "....Inspektor Faris? Sebentar lagi?Mmmm..baiklah.. Ok ok."


10 minit kemudian..


Inspektor Faris, seorang pegawai polis yang ditugaskan menyiasat kes kematian Mana sampai di hadapan muka pintu. Dia dijemput masuk oleh Amy. 

   "You jangan takut. Jangan gelabah. Apa yang ditanya, jawab je. Kita tak buat salah kan?" Amy cuba menenangkan hati Fel.

Amy dan Fel kemudiannya berbincang dan disoal-siasat mengenai kes tersebut bagi membantu siasatan.


* * * * * * * * * * *

2 hari kemudian, di studio KLU..

Fel tetap lagi murung mengenangkan nasibnya. Setiap kali ada yang pernah menjadi teman wanitanya, atau ada wanita yang rapat dengannya..satu persatu telah mengalami kejadian yang pasti tidak dapat dilupakan oleh dirinya sendiri.

   "Fel, stop la fikir pasal accident tu. Yang lepas tu, biarlah lepas.." bahu Fel diurut.

Dalam masa yang sama, Insp.Faris masuk ke dalam studio itu. Pandangannya mencurigai akan cara Amy kepada Fel..

* * * * * * * * * *

Bercahaya Times Square, Kuala Lumpur.

Ingatan Fel kepada kes Mana sudah mula kabur. Dia sudah kembali kepada rutin hariannya. Hari ini dia mempunyai sesi fotografi dan beramah mesra bersama peminat-peminat.

Selepas sesi fotografi selesai, sesi beramah mesra pula. Ramai yang sanggup beratur panjang, berjam-jam semata-mata untuk itu. Sanggup menunggu sampai patah kaki, asalkan dapat melihat muka Fel yang kacak.

Tiba giliran seorang wanita, Farah. Farah membuat permintaan untuk bergambar bersama Fel dan Fel juga bersetuju. Entah kenapa mood Fel agak baik ketika itu. Farah begitu seronok bagai nak rak kerana keinginanya dipenuhi.

Tanpa disedari, Nadia sedang memerhatikan. Matanya sinis memandang Farah.

   'Kau tengoklah nanti ape aku nak buat, pompuan!" Tempelaknya di dalam hati.


No comments: