Saturday 31 December 2011

Hidden S1- part 4

this is a fiction story.use your 120% of your imagination for best results.everything that i type is not real. Everything's made up. mane yg bercanggah dengan Islam, ignore. mwehe :3



Farah dan kawan-kawannya baru sahaja melangkah keluar dari pusat membeli belah Bercahaya Times Square. Hatinya amat teruja tak terkata kerana dapat bergambar dengan lelaki kesayangannya. Dia juga merasakan dialah wanita yang paling bertuah di dunia ketika itu. Sedang asyik dia bercerita, bergelak tawa bersama kawan-kawannya, Nadia secara tiba-tiba menahannya dengan kasar. Nadia memandang sinis.


   "Eh, ni apehal ni? Tepi sikit cik kak, kitorang nak lalu," Farah berkata dengan sombong.


Kata-kata Farah itu membuatkan api kemarahan dalam diri Nadia semakin menggelegak.


   "Pang!" Tamparan selaju panahan halilintar dilepaskan ke Farah.


Farah jatuh terduduk. Kawan-kawannya semua terkejut dengan tindakan Nadia yang drastik itu. Sudahlah tidak dikenali, menyerang pula tanpa diminta.


   "Kau kenapa?!" tengking Farah.


   "Hei pompuan! Kau ingat kau bagus sangat? Tergedik-gedik dengan Fel tadi!" Mata Nadia  merah menahan amarah.


   "Ohh, cemburu rupanya...Kau perempuan murahan..tak layak nak jadi macam aku," balas Farah dengan nada sombong.


Kebetulan, Insp.Faris ketika itu sedang melalui kawasan itu dan ternampak segala apa yang berlaku di antara Farah dan Nadia.


   "Hei, kat sana!" Jari telunjuk Insp.Faris diacukan ke arah mereka.


   "Berhenti!" dia mula mengejar.


Nadia terkejut. Tanpa melengahkan masa, kakinya terus mengangkat langkah seribu, melarikan diri..


* * * * * * * * * *

Amy sedang menunggu teksi di hadapan Bercahaya Times Square. Kerjanya menguruskan perjumpaan Fel bersama peminat tadi baru sahaja selesai. Fel pun baru sahaja pulang ke rumahnya. Satu kereta MPV melalui dan berhenti di depannya. Cermin tingkap dibuka..

   "Hai Amy. Masuklah! Jom pergi minum." Insp.Faris mempelawa.

Amy tidak menolak pelawaan itu, kerana dia ada sesuatu yang hendak diberitahu..

Di Sunny Coffee House,

Setelah lama berborak, suasana antara mereka berdua tiba-tiba senyap. Seperti malaikat lalu pula. Insp.Faris memandang Amy. Dia sememangnya sudah lama tertarik dengan wajah ayu Amy, sejak mereka mula bertemu lagi.

Tangan kiri Amy memegang cawan. Lalu dikuis-kuis pula cawan itu.

   "Ada problem ke? Apa yang awak nak bagi tau kat saya, tadi? Insp.Faris memecahkan kesunyian.

Amy masih diam. Tetapi tangan kirinya bergerak mengambil sesuatu dari dalam tas tangannya lalu diberikan kepada Insp.Faris.  Beberapa keping gambar Nadia.

   "Inikan..budak itu." Insp.Faris teringat kejadian Farah dengan Nadia tadi.

   "Namanya Nadia. Budaknya pelik. Saya sudah mula perasana yang dia stalk Fel sejak 2 tahun yang lalu. Di mana ada Fel, pasti dia juga ada. Dengan riak dan mimik mukanya yang tidak pernah berubah. Muram... Saya mencurigai jika dia ada terlibat dengan kes Fel Saya rasa saya tidak patut membiarkan dia begitu sahaja.." Nadia memberitahu. Terserlah rasa risau di wajahnya.

Insp.Faris mengimbas kembali akan kejadian tadi. Nadia menyerang peminat-peminat yang mendekati Fel. Ada kemungkinan..Nadia ada kaitan dengan kes pembunuhan Mana Karin.... mungkinkah?


to be continued...


No comments: