Sunday 1 January 2012

Hidden S1- part 5 END

this is a fiction story.use your 120% of your imagination for best results.everything that i type is not real. Everything's made up. mane yg bercanggah dengan Islam, ignore. mwehe.



Beberapa hari kemudian, di Balai Polis Damansara..

   "Faris. Nah, ini budaknya. Yang kita cari tu," Mamat, rakan sekerja Insp.Faris yang juga ditugaskan dalam menyiasat kes kemalangan Mana.

   "Bagus, Mamat." Insp.Faris memandang gadis itu. 

   'Kesian dia, budaknya comel. Tetapi...' Insp.Faris berkata-kata di dalam hati.

   "Saya tak buat apa-apa!" Kata Nadia dengan nada yang agak kuat.

   "Sabar, sabar dulu.." Mamat menenangkan.

Insp.Faris dan Mamat menyoal siasat Nadia sehingga larut malam. Yang menjadikan sesi soal siasat itu memakan masa yang lama ialah kerana Nadia hanya mendiamkan diri. Apabila ditanya Nadia hanya berkeras dan tidak juga mengaku bahawa dia yang membunuh Mana.
Ini membuatkan Nadia ditahan di dalam lokap untuk beberapa hari.

Sementara di Studio KLU, Pejabat En.Yosri..

En.Yosri memarahi Fel kerana telah menimbulkan banyak masalah. Dua jam yang lalu, Fel baru sahaja terlibat dalam satu pergaduhan dengan peminatnya yang menyebabkan dia diburu oleh reporters dari syarikat akhbar tempatan dan juga wartawan penyiaran televisyen. Hal ini juga telah membuatkan reputasi Fel sebagai peragawati terkenal Malaysia turun mendadak.

   "Nah, ambil tiket ni pergi tenangkan hati dan fikiran you, Fel." En.Yosri melemparkan dua tiket penerbangan ke Austraila ke atas mejanya.

   "Nanti, ada shooting selama seminggu. Selepas shooting tu selesai, haaa you nak rehat banyak mana pun kat sana, you nak buat apa pun, buatlah. Cuma satu yang saya harap lepas ni, lepas you dah bersedia pulang ke Malaysia, you juga mesti bersedia untuk bekerja dengan lebih disiplin. Lagipun, keadaan sekarang ni kan agak teruk. Dengan pelbagai kontroversi yang you dah timbulkan." Nasihat En.Yosri.

Fel hanya akur..

* * * * * * * * * *

Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Langat(KLIA),

Amy sedang mengisi borang dan menyiapkan segala prosedur bagi dia dan Fel ke Australia.
Dia harus mengikut Fel ke Australia kerana dia sedar akan tangggungjawabnya sebagai pembantu peribadi Fel. Tambahan pula, memang ada satu sebab yang dia juga ingin ke luar negara. Sebab yang tiada siapa boleh ketahui..

   "Amy, i nak pergi beli air jap. You tunggu sini okay.

   "Okay, Fel."

Amy sambung melengkapkan borang.

   "Saya tak sangka awak ni tulis kidal." 

Suara itu mengejutkan Amy. Segera dia menoleh.

   "Oh! Insp.Faris rupanya. Macam mana tahu saya kat sini?"

   "Mac."

   "Oh.."

   "Mmmm, Amy.. awak..memang betul-betul nak pergi ke?" Insp.Faris bertanya dengan nada yang sayu. Seperti orang baru putus cinta.

Soalan yang ditanya tidak dijawab. Amy hanya tersenyum. Seketika kemudian. Fel pulang dari membeli minuman lalu mereka berdua pun berangkat.

   'Aku minta maaf Faris. Aku terpaksa..' 

* * * * * * * * * *

   "Kring..." Telefon bimbit milik Insp.Faris berbunyi. Nama 'Mamat' tertera di skrin.

Insp.Faris yang sedang memandu pulang dari KLIA memberhentikan keretanya di bahu jalan.
Almaklumlah, sudah namanya pun Inspektor, mesti mematuhi peraturan.

   "Hello?"

   "Hello, Faris! Kita tangkap orang yang salah." Mamat memberitahu.

   "Apa?"

   "Nadia, bukan suspek yang sebenar. Dia hanya hard fan yang selalu stalk Fel. Lagipun, tadi aku baru sahaja terima call dari Unit Penyiasatan & Forensik, suspek sepatutnya 'left handed'. Kidal." sambung Mamat lagi.

Faris terkejut. Otaknya ligat berfikir. Macam-macam benda yang bermain di mindanya. Tiba-tiba terlintas di otaknya akan seseorang...

   "Ok lah Mamat. Thanks for your information. Aku ada tempat nak kena pergi. Kalau ada apa-apa hal, aku call kau balik."

Segera Insp.Faris menekan minyak.

* * * * * * * * * *

Insp.Faris tiba di hadapan rumah Amy. Entah kenapa hatinya berdebar-debar. Tiba di hadapan pintu, pintunya tidak berkunci.

   "Memang takdir.." Insp.Faris berkata sendirian.

   "Ya Allah!" Insp.Faris terkejut dengan apa yang dilihatnya.

Rumah Amy bagaikan sarang tikus. Penuh dengan sampah-sarap, botol arak, perabot yang usang dan tidak terurus. Pendek kata tidak seperti rumah. Dinding dipenuhi dengan gambar yang dikenali oleh insp.Faris. Falein Ahmad, Dana Dinele, Mana Karin..dan juga Nadia!

   "Suspek...left handed..."

Apabila Insp.Faris mengimbas kembali..memang Amy seorang yang kidal. Dia juga selalu melakukan aktiviti menggunakan tangan kirinya. Menulis, mengangkat cawan kopi.....

   "Ahhhhhh!! Kenapa aku tak siasat elok-elok!" kepala dihantukkan di dinding..menyesal dengan apa yang berlaku.

Dia juga sedih kerana menyukai orang yang salah..

Sementara di dalam pesawat..

Amy mengusap-usap rambut Fel yang sedang tidur.Mukanya tersenyum puas.

   "Kau milik aku..."

The End.




Nantikan kemunculan Hidden Season 2 yang bakal diterbitkan tak lama lagi.
Thanks for reading! :D

3 comments:

soohyunx said...

Saja nak buat org tunggu2 oh Husna ni . mencik lah cenggini . okay amy jahat XD

soohyunx said...

Hahahahahahahahahahahahahaha.
saya taknak kritik sebab ceritanya ni best. seriouslyy, aku tak tahu pula kau nak masukkan cerit crime! aku ingat love story mula2. hahahaha ^^ keep it up :D

Husnasu said...

haha. ye Amy jahat.
malu la nak buat cerita cinta.
tapi kan season 2 ko jangan terkejut..