Friday 28 December 2012

Suatu Hari

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum sape tak jawab dosa, kalau jawab sayang *gaya Maria Elena*. Apa khabar iman?
Post kali ni, nak share satu kisah. Story ni hasil gabungan my idea with angah, tp script byk angah yg tulis memandangkan i'm such a lazy-type person dlm bab2 penulisan ni. hik hik maaflah. Kisah ni jugak diadaptasi dari kisah 3 orang adik beradik iaitu una(me) angah(the oldest) bersama    Firah(the youngest). They're my bestest friend fiddunya wal akhirah :') insya-ALlah. Kisah ni angah ada post dekat blog dia tp since her blog sudah tergendala dan buat blog baru, update lah kat sini. nak bagi korang semua baca :'> jangan lupa ambil pengajaran sekali tau? ^.^
**************
SATU HARI,
Firah bertanya, "Angah! Sebenarnya kita kena pakai tudung sampai mana?Firah selalu nampak angah dan Una pakai tudung labuh."
Angah pun jawablah," Kita kena pakai tudung labuh belakang untuk tutup punggung  dan depan bawah pusat. Tutup depan dan belakang."


SATU HARI,
  "Una! Firah punya tudung ni tak tutup punggung la. Nampak ni."
Una pun kebingungan. " Takpe Firah, Firah kecil lagi. Tak nampak pun"  "Una! Tu kenapa ada yang tak tutup punggung tu.? Firah bertanya sambil menunjukkan tangannya ke arah sekumpulan wanita.
  "Hmmm...Diorang tak dapat hidayah lagi kot. Tapi kita kena tutup aurat betul-betul tau.." Una mengingatkan.
SATU HARI,
  "Firah, Pergi solat. Ni kenapa malas sangat ni." Ibu memarahi Firah secara lembut. Angah dan Una diam.
  "Firah... Firah dah nak masuk darjah tiga. Pergi Solat"
  "Angah...Temanlah.. Takut.."
  'Entah apa yang ditakutkan.Inilah akibatnya pengaruh TV.'Angah bermonolog dalam hati.
  "Angah! teman Firah solat di bilik tu"
Di dalam bilik,
  "Astaghfirullah..Astaghfirullah..." Kalimah zikir meniti di bibir kecil milik Firah. Tangan ditadah berdoa kepada Allah. Angah hanya memerhati dari meja belajar. Selepas mengaminkan doa, dia melipat telekung dan terus keluar dari bilik.
Tiba-tiba, Firah berkata, "Angah, Firah doakan supaya Allah ampunkan dosa angah jugak."
Angah terdiam. "Terima Kasih Firah" Dia menjawab.
Senyuman terukir dibibir masing-masing.
Selepas Solat Isya',
Angah! Firah pun doakan Una. Akak.
  "Ibu dan Ayah? " Angah bertanya.
  "A'ah, Firah doakan ibu dan ayah sekali" Firah menjawab sambil tersenyum :)
  "Firah doakan supaya Firah dapat 5A dalam UPSR. berjaya dapat No.1 dalam peperiksaan, Una dapat 9A dalam PMR, Angah dapat 12A+ dalam SPM......." Firah membilang doa-doa yang dimintanya.
Hati Angah bermonolog' Ya, Allah... Makbulkanlah doa adikku ini..Mungkin doanya lebih makbul...."
SATU HARI,
Firah buat salah dan dia minta maaf. Setiap kali.SATU HARI,
Angah dan Firah solat berjemaah bersama-sama.
Selepas berdoa Angah menangis.Firah yang nampak pun tiba-tiba nangis.
Firah bertanya, "Angah, Kenapa angah menangis...? firah ada buat salah ke?"
Angah hanya diam..
Hatinya angah berbicara,
Ya Allah...
Kanak-kanak sangat baik apabila mereka merasakan kasih sayang dari kita. Kita mungkin bukan ibubapa mereka tetapi mereka adalah adik-beradik kita. Mereka adalah saudara, darah daging kita. Kita orang yang sangat dengan mereka. Selalu dengan mereka. Setiap perkara yang dilakukan oleh kita akan dilihat oleh mereka.
SATU HARI.,
Firah buat salah pada angah dan Una. Geram sangat. Baru darjah dua tapi dah pandai menjawab.Habis Firah kena marah hari tu..Tapi saya sedar , apa yang dia lakukan itu cerminan diri Angah dan Una sendiri.
SATU HARI,
Firah terdengar Angah dan Una berbual mengenai Doa supaya dapat jodoh yang baik. hehe..
Tiba-tiba suatu hari dalam kereta,
Firah cakap, "Angah! Firah pun doa supaya Firah dapat suami yang baik"
Dengar lucukan, tapi ..itulah yang dilakukannya..
tapi tak salah kan doa dari kecil...Semoga Allah memakbulkannya.
Angah pun balas, "Firah! Jangan doa nak suami yang baik je. Doa dapat suami yang baik dan beriman tau.."
  "OK." Firah menjawab.

so conclusion?
inilah kanak-kanak. kalau kita corakkan dengan cahaya agama, pasti mereka akan membesar dengan baik. Kita juga sebagai yang tua, kene tunjuk contoh yang baik kpd adik2 kita.Sbb dr apa yg aku nampak, budak kecik ni diorg akan ikut apa yg kita buat. Kalau kita sayang adik-beradik kita, tak kisahlah dia lagi tua atau lagi muda, Jagalah dia. Lindungilah mereka. Sayangilah dia dan didiklah mereka. Jadilah QUDWAH HASANAH iaitu Ikuatan Yang Baik kepada diri mereka. Tegurlah dan nasihatilah mereka dengan berhikmah, secara lembut.
Jangan Marah! 
Selama-lamanya kelembutan tidak akan pernah kalah dengan kekerasan -Amir Mukhriz
ingat! ^.^ 
.................................................
Maka Ya Allah, Eratkanlah ikatatan yang ada,
Kekalkan kemesraan yang ada,
Tunjukkanlah jalan yang benar,
Tunjukkan dengan cahayamu.

....................................
LOVE THEM AS YOU LOVE YOURSELF
#gambar dekat sidebar Webmaster tu Firah ler tu. snap senyap2 time die tgh baca Al-Quran. meet her! :D

No comments: